| |
Di Australia, Adam dan Katrina semakinhanyut dalam dunia mereka sebagai suami isteri. Adam lupa yang dia masih punya isteri bernama Nur.
Bila Katrina mengandung, Adam gembira dan merasakan zuriat akan mengisi jiwanya yang tandus. Malangnya, mereka kehilangan anak itu setelah mereka terlibat dalam kemalangan yang teruk. Adam didakwa kerana memandu dalam keadaan mabuk dan dijatuhan hukuman penjara selama 3 bulan. Adam insaf.
Sementara itu Aidil dijemput memberikan ceramah di UIAM, dan telah bertembung dengan Nur. Nur malu pada Aidil,dengan apa yang telah terjadi. Menurut Aidil tidak ada sesiapa yang tahu, dia telah merahsiakan semuanya. Perhubungan Aidil dan Nur sentiasa tertib, tidak pernah tesasar dari landasan abang dan adik. Nur memperolehi kekuatan dari Aidil.
Sebaik bebas, Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia bersama Katrina. Tanpa diduga, pada hari yang sama, Nur membuat keputusan untuk pulang ke kampung dan berterus terang pada bapanya. Sudah terlalu lama dia hidup dalam kepura - puraan.
Bagaimanakah pertemuan Nur dengan suaminya yang susah memiliki isteri kedua? Apakah Aidil sanggup melihat Nur disakiti lagi? |
|